Thursday, February 4, 2010

BIALALA DI KAKI LANGIT

saya sekarang sedang dalam proses menyiapkan skrip untuk telemovie yang bertajuk 'bialala di kaki langit'. Sebuah telemovie yang bakal diarah oleh Haykal Hanafi ( pengarah drama 'cinta balqis' )

*kerana kesibukkan semasa saya tidak mengizinkan saya membalas semua email yang di kirimkan.
maaf untuk semua

Wednesday, October 7, 2009

Friday, August 21, 2009

Bengkel Kreatif di UKM

Berbengkel di FSSK, UKM pada 21 Ogos 2009 tentang Pengalaman Proses kreatif cerpen dan novel

Wednesday, February 4, 2009

Assalamualaikum...

Teringat nyanyian seorang teman "Malam ini tak ingin aku sendiri...kucari damai di dalam bayanganmu...." Liriknya menikam kalbu. Teringat teman itu...serasa rengsa berlegar dalam jiwa. Aduh....barangkali ayat ini boleh kuselitkan untuk dijadikan bisikan Suri tatkala dia merindui F dalam novel Di bawah Langit Cinta. Cuba kita bayangkan tiba-tiba kita merindui seseorang yang tidak patut di rindui? Aku tidak dapat meluahkannya andai aku tidak letakkan diri ini di karakter tersebut. Justeru kuhayati watak Suri yang bergelut dengan pelbagai rasa tatkala dia merindui seseorang padahal seseorang itu milik insan lain. Dan di sisinya ada Hermand, yang patut dirindui, disayangi dan dicintai. Teman-teman...aku cuba menggulati perasaan Suri dan cuba juga kutumpahkan rasa itu pada novel yang sedang aku usahakan. Mudah-mudahan ia cepat sampai ke titiknya...Titipkan doa kalian buat aku...

Sunday, January 25, 2009

bidadari cinta

banyak nak cerita tentang novel sebenarnya tapi off late ni busy sangat...letih..makan pun tak nentu tambah dengan bermacam-macam hal-hal kehidupan yang tak terduga...saya terimanya dengan lapang dada meskipun ombak di dada tak selapang dan selega luahan kata...saya berharap bidadari cinta cepat berada di pasaran...itulah kepuasaan yang barangkali boleh membungkus sesak yang mengasak...InsyaAllah...

Assalamualaikum...cover ni direka oleh kawan saya "akiart",
yang saya kenali agak lama. konsep lukisan ini diihamkan oleh beliau
berdasarkan inspirasi yang saya beri untuk menggambarkan naratif
dalam novel ni...siapa-siapa yang berhasrat untuk dapatkan
ilham ciptanya...dialu-alukan...he is a ver nice guy...





Friday, January 23, 2009

ttg perkembangan novel

Assalamualaikum wbt...
tersangkut idea malam ni. sebenarnya saya ada sebuah novel untuk alaf 21. 200 muka surat dah dihantar. selebihnya dalam proses...tapi akhir-akhir ni kesibukan membataskan pengkaryaan padahal banyak yang nak ditulis. Seharusnya saya mengekspresikan segala jiwa raga saya lewat karya kerana dengan begitu perasaan ini tidak memberat...tapi apakan daya. kalau boleh, saya ingin kembali pada zaman tangisan bulan madu bila idea menderu-deru manakala masa tak pernah cemburu....