Sunday, January 25, 2009

bidadari cinta

banyak nak cerita tentang novel sebenarnya tapi off late ni busy sangat...letih..makan pun tak nentu tambah dengan bermacam-macam hal-hal kehidupan yang tak terduga...saya terimanya dengan lapang dada meskipun ombak di dada tak selapang dan selega luahan kata...saya berharap bidadari cinta cepat berada di pasaran...itulah kepuasaan yang barangkali boleh membungkus sesak yang mengasak...InsyaAllah...

Assalamualaikum...cover ni direka oleh kawan saya "akiart",
yang saya kenali agak lama. konsep lukisan ini diihamkan oleh beliau
berdasarkan inspirasi yang saya beri untuk menggambarkan naratif
dalam novel ni...siapa-siapa yang berhasrat untuk dapatkan
ilham ciptanya...dialu-alukan...he is a ver nice guy...





Friday, January 23, 2009

ttg perkembangan novel

Assalamualaikum wbt...
tersangkut idea malam ni. sebenarnya saya ada sebuah novel untuk alaf 21. 200 muka surat dah dihantar. selebihnya dalam proses...tapi akhir-akhir ni kesibukan membataskan pengkaryaan padahal banyak yang nak ditulis. Seharusnya saya mengekspresikan segala jiwa raga saya lewat karya kerana dengan begitu perasaan ini tidak memberat...tapi apakan daya. kalau boleh, saya ingin kembali pada zaman tangisan bulan madu bila idea menderu-deru manakala masa tak pernah cemburu....