Wednesday, February 4, 2009

Assalamualaikum...

Teringat nyanyian seorang teman "Malam ini tak ingin aku sendiri...kucari damai di dalam bayanganmu...." Liriknya menikam kalbu. Teringat teman itu...serasa rengsa berlegar dalam jiwa. Aduh....barangkali ayat ini boleh kuselitkan untuk dijadikan bisikan Suri tatkala dia merindui F dalam novel Di bawah Langit Cinta. Cuba kita bayangkan tiba-tiba kita merindui seseorang yang tidak patut di rindui? Aku tidak dapat meluahkannya andai aku tidak letakkan diri ini di karakter tersebut. Justeru kuhayati watak Suri yang bergelut dengan pelbagai rasa tatkala dia merindui seseorang padahal seseorang itu milik insan lain. Dan di sisinya ada Hermand, yang patut dirindui, disayangi dan dicintai. Teman-teman...aku cuba menggulati perasaan Suri dan cuba juga kutumpahkan rasa itu pada novel yang sedang aku usahakan. Mudah-mudahan ia cepat sampai ke titiknya...Titipkan doa kalian buat aku...