Wednesday, February 4, 2009

Assalamualaikum...

Teringat nyanyian seorang teman "Malam ini tak ingin aku sendiri...kucari damai di dalam bayanganmu...." Liriknya menikam kalbu. Teringat teman itu...serasa rengsa berlegar dalam jiwa. Aduh....barangkali ayat ini boleh kuselitkan untuk dijadikan bisikan Suri tatkala dia merindui F dalam novel Di bawah Langit Cinta. Cuba kita bayangkan tiba-tiba kita merindui seseorang yang tidak patut di rindui? Aku tidak dapat meluahkannya andai aku tidak letakkan diri ini di karakter tersebut. Justeru kuhayati watak Suri yang bergelut dengan pelbagai rasa tatkala dia merindui seseorang padahal seseorang itu milik insan lain. Dan di sisinya ada Hermand, yang patut dirindui, disayangi dan dicintai. Teman-teman...aku cuba menggulati perasaan Suri dan cuba juga kutumpahkan rasa itu pada novel yang sedang aku usahakan. Mudah-mudahan ia cepat sampai ke titiknya...Titipkan doa kalian buat aku...

10 comments:

  1. sangat tak sabar nak tunggu buah tangan terbaru akak...

    ReplyDelete
  2. rindu itu sukar di jelaskan kecuali kita merasainya ...

    ReplyDelete
  3. Kenapa blog ini macam sunyi sahaja...

    ReplyDelete
  4. salam ziarah cikgu,
    tak sabar tunggu buku terbaru...

    ReplyDelete
  5. penah baca masa sekolah dulu...berbelas tahun dulu...tangisan bulan madu..

    apsal nama bogat? rasenye sgt ganjil nama tu dulu...

    ReplyDelete
  6. salam..akak..macamana nak dapatkan novel akak yg tangisan bulan madu 2,3,4?xpernah jumpa kat kedai buku pun...

    ReplyDelete
  7. Maaf semua lambat membalas. Sibuk sesangat-sangat. Untuk pengetahuan semua novel terbaru berjudul Bidadari Cinta sudah berada di pasaran. Lepas baca, boleh komen di sini dan saya sangat alu-aluka. terima kasih...

    ReplyDelete
  8. Salam inkdakwat....memang susah nak dapat kat kedai sebab sume tu buku lama. FUI, TBM2 dah tak cetak lagi. TBM3 dan TBM4 ada dalam simpanan akak.

    ReplyDelete
  9. Salam Kueh Bakar...
    Apa pulak pelik? nama tu banyak orang suka tau...siap nan bubuh pada nama bayi lagi...hehehe

    ReplyDelete
  10. Buat semua termasuk anak-anak murid dan ex-student cikgu...tq so very much atas sokongan anda terhadap karya-karya cikgu

    ReplyDelete